Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Monday, September 10, 2012

baru dan lama..

bismillah..

tempoh hari ber'usrah gabungan' buat kali pertama setelah kembali ke tanah air..naqib jemputan adalah bekas naqib usrah online aku hampir 4 tahun lepas..rindu sungguh untuk mendengar perkongsian beliau..

antara point yang aku dapat, dan ingin sekali aku kongsikan dengan semua ialah kisah hijrah kaum muhajirin dan penerimaan kaum ansar. pasti sudah banyak kali kita semua mendengar kisah ini, namun tentu masih ada lagi ruang untuk kita belajar darinya.

kalau diingat kembali, kaum muhajjirin pada fasa sebelum hijrah, sudah menerima tarbiyah selama 13 tahun. 3 tahun secara sembunyi dan baki secara terang2an..dan tentunya tarbiyah 1st hand dari baginda muhammad s.a.w itu mempunyai kesan yang 'extra' dalam diri setiap penerima tarbiyah itu. ditambah lagi dengan suasana orang lain yg bukan sahaja tidak menerima islam tetapi mengancam nyawa mereka yg islam, ini tentunya membuatkan tarbiyah mereka itu lebih 'pekat' dan 'qowiy'.

manakala kaum ansar pula adalah orang2 yang terdiri daripada beberapa puak yg menetap di madinah. mereka mungkin hanya sekali-dua bertemu nabi sebelum hijrah, dan kerja pentarbiyahan utk mereka disambung oleh duta islam ke madinah iaitu Mus'ab dan Abdullah Umm Maktum.mereka menerima islam beberapa tahun lambat daripada orang makkah, dan murabbi mereka pula bukanlah nabi sendiri.

namun, apa yg menarik perhatianku ialah sewaktu hijrah, mereka ini saling melengkapi, saling bertolong bantu antara satu sama lain regardless of usia tarbiyah, regardless of siapa murabbi mereka. apabila iman yg sebenar memenuhi dada, dan mereka tahu untuk apa sebenarnya mereka hidup di dunia, satu pihak sanggup meninggalkan keluarga dan harta demi islam, dan satu lagi sanggup juga memberikan, berkongsi harta dan keluarga demi islam. ini, adalah satu penggabungan yg paling suci dan murni dalam sejarah. yang paling ideal. tiada berlaku pergaduhan (yg direkodkan dalam sejarah) atas pekara2 besar mahupun kecil. isu tanah? isu kuasa? isu perbezaan warna kulit dan bangsa? tiada..tiada isu yg lebih besar melainkan bagaimana untuk menjadi muslim terbaik, orang yg paling dekat dengan keredhaan Allah dan rasulNya..

merenung kembali aku dalam diriku..adakah aku bersifat seperti mereka ini sang muhajirin dan ansar? ataukah aku masih belum sempurna iman dan islamku..berapa banyak kali aku berhadapan dengan situasi hijrah ini, dan aku masih tetap kadang2 sengaja atau tidak, meng'eksklusif'kan tarbiyah, dakwah, islam itu hanya untuk aku. mungkin pernah merasakan aku lebih lama dalam tarbiyah lalu menyombong diri? atau merasakan murabbiku bukan ustaz2 yg agung lalu aku memencil diri dan inferior? bagaimanakah aku mahu menggabungkan diriku dengan islam, rakan2 seperjuangan islam sedangkan sifat2 yang ada dalam diriku ini jelasnya tidak menggambarkan sifat muslim yg sejati bak ahli2 hijrah itu?

astaghfirullah al-aziim...istighfar..muhasabah mode..

kini aku kembali ke tanah air..dan sedang bergabung dengan ikhwah2 di universiti tempatan..dalam rangka kerja yg sama iaitu membina insan2 yang mahu kembali kepada islam..dan mahu kembalikan dunia kepada islam..doakan aku..moga dapat aku serapkan jiwa muhajirin dan ansar ke dalam diri ini.

apa yang pasti, iman yg sebenar itu, apabila dikongsi dengan orang lain, tiada lagi had antara kita..tiada lagi dinding, tiada lagi barrier yang membezakan kita..kita adalah satu. satu jasad. satu ummah..satu cita2..satu hala tuju......    

mencari redha ilahi.

ameen