Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, August 30, 2011

Tarbiyah Ramadan

bismillah..

hari ini adalah 1 Syawal 1432H. bermaksud sebulan yang lepas adalah 1 Ramadan 1432H.

Ramadan adalah satu bulan yang Allah wajibkan kita semua berpuasa seperti mana orang2 dahulu berpuasa...mudah2an kita mendapat taqwa.

Ramadan kali ini mengajar aku satu perkara yang aku kira sangat bernilai dalam hidup ini. Sebelum Ramadan aku mendengar satu tazkirah persiapan diri menghadapi ramadan oleh seorang sheikh (boleh baca sharing aku dibawah dalam bahas inggeris yg agak sukar difahami ;p) bahawasanya puasa dalam bulan ramadan ini adalah merupakan satu level lebih tinggi dalam kita menjadi hamba kepada Allah..

dalam sebuah hadith qudsi, He said in a hadith from His messenger peace be upon him, "Every act of man is for him except fasting, it is done for My (Allah's) sake and I will give reward for it. The breath of a faster is sweeter to Allah than the fragrance of musk." (Bukhari and Muslim)

kalau selama ini kita apa yang kita lakukan adalah untuk diri sendiri....namun berpuasa adalah dilakukan untuk Dia..iaitu mengajar kita untuk meninggalkan apa yang kita mahu, kerana kemahuanNya. bererti kita akan kena meninggalkan makan, minum, kemahuan terhadap isteri, lagha2, main game dll demi untuk mendapatkan keredhaan Kekasih agung..

ini satu pengajaran yang lain dari apa yg aku dapat selama 25 tahun aku hidup. selama ini aku berpuasa di siang hari, namun lebih2 lg terikut nafsu makan di malam hari. berbagai juadah yg sangat teringin nak makan waktu bulan puasa, dilangsaikan semuanya sewaktu berbuka..tak tahu lah dari mana datangnya keinginan terhadap kueh2 dan lauk2 yg 'rare' tu sewaktu ramadan. time ni lah nak rasa ikan bakar lah..kueh lompat tikam blakang member lah.. murtabak arnab lah..haish pelik2..bersyukur sgt aku melalui ramadan di negara orang ni tanpa ada bazar ramadan..takdela teringin macam2 sangat..

walaubagaimanapun selalunya di masjid tempat berbuka orang2 bujang macam kami ni, juga dihidangkan makanan yg tidak kurang mencabarnya..nasi briyani lah nasi minyak lah dengan ayam dan kambing bakar..tahu jelah taste org middle east (yg majority dan merupakan tukang prepare slalunya)..namun kali ini aku mengambil keputusan untuk tidak menyertai mereka lansung walaupun sekali demi mengajar nafsu aku yg sangat selalu alah pada MAKANAN.

kalau selama ini senang sgt akal dan hati aku berkata bahawa org itu dan org ini kena kurangkan main game, kena jaga adab berkawan lelaki perempuan, kena menutup aurat dan macam2 lagi lah, kali aku kena kata pada diri untuk kurangkan makan dan kawal nafsu. lalu aku mengambil institusi Ramadan utk menjadi medan tarbiyah aku mengawal nafsu makan..demi kesihatan aku, dan bak kata ust hasrizal: demi dakwah jangka panjang.

inilah sedikit gambaran hasil aku belajar untuk benar2 'berpuasa' tahun ini..

gambar kiri tu adalah berusia kira2 3 bulan lepas dan gambar kanan berusia kira2 3-4 jam lalu..dengan bantuan lighting dan angle camera yang cantek membuatkan aku kelihatan agak kecil..alhmdulillah.. walaupun masih lagi belum sampai ke tahap berat badan ideal (looong way to go), namun it is a pretty good start. it was not easy though.. terpaksa menolak hidangan2 lazat dan menyelerakan, mkn hanya benda2 asas utk hidup, joging sket2 (tak larat byk2 sbb puasa..alasan kan..), dan terpaksa bertahan dengan ajakan2 pegawai2 MSD di Chicago yang bila2 masa boleh men'jeopardize'kan keazaman ku..mula2 tu sampai terjaga dari tidur tgh mlm sebab lapar..tp lama2 perut(yg dlm badan bukan yg kelihatan diluar) tu mengecik (bak kata org tu) menyebabkan tak la lapar sgt dah...lgpun puasa mmgla lapar kan?

hari ini 1 Syawal 1432h, mudah2an aku istiqamah sehingga ke hari2 seterusnya dalam mengawal nafsu aku ini dalam usaha utk aku menjadi insan yang lebih bertaqwa hasil tarbiyah ramadan kali ini. tolong doakan skali ye?


gambar kanan tu adalah gambar waktu aku mula2 dtg ke US ni..aku kelihatan lebih macho berbanding dulu sebab ada janggut yg menghiasi daguku..thanks to tukang gunting Sufi yang telah men'trim' janggutku sampai nipis camtu..dan mungkin sebab belah kiri camera 5MP (iphone 4) dan belah kanan hanya 2MP (iphone 3G). dan mungkin juga baju berwarna biru yg kak Sila buatkan utk aku hujung tahun lepas utk kenduri kakngah.. ape2pun both gambar macho kan? (ok paragraph ni hanya utk memanjangkan lg post kali ni..sila ameen atau abaikan saja)

moga tarbiyah ramadan untuk aku kali ini mengubah, membentuk dan mengawal nafsu aku terhadap makanan...kalau anda ada perubahan2 yang perlu anda buat, anda juga pasti boleh lakukannya! mari bersama kita improve diri dari sehari ke sehari untuk menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang sampailah hari Dia memanggil kita kembali bertemuNya nanti.

wallahu a'lam

Monday, August 29, 2011

Muhasabah Ramadan..

tiada kata yang aku dapat nak ucapkan sepeninggalan ramadan dari hidupku utk tahun 1423 H ini..


Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga




bulan yg penuh dengan rahmah dan maghfirah kini di penghujungnya...namun rahmah dan maghfirah itu sentiasa ada sepanjang masa bagi yang mencarinya..semoga semua graduan Ramadan 1432 hijrah berjaya membawa segulung ijazah taqwa untuk diamalkan sepanjang hayat. Ameen

Monday, August 8, 2011

Potret Kejayaan (kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan dll)


Bismillah..

satu perkara yang pasti, semua orang nak bahagia..semua orang nak orang yang mereka sayangi juga bahagia..

aku melihat kaumku menginginkan kebahagiaan..

"aku mesti mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebih baik dari orang lain sebab aku kene jadi jurutera, doktor, peguam dan semua pekerjaan yang glemer itu biarpun aku tak meminatinya. mak ayah aku pasti kecewa kalau aku tak kerja besar dan bergaji besar macam anak mak minah selang 2 buah rumah dari rumah aku. kalau aku tak berjaya sampai tahap tu, mesti aku orang yang gagal..kecewanya..malunya..bunuh diri lah (jangan!)..kalau aku tak berjaya dalam pelajaran aku, mesti aku tak bahagia..mesti mak ayah aku tak bahagia dapat anak tak pandai macam aku.."

kejayaan (dalam definasi yang kecil) sering kali dihubungkaitkan dengan kebahagiaan..


"disneyland, hollywood, las vegas masih ada beberapa lagi list tempat yang belum di'ziarah'. california dan hawaii sudah boleh dipotong dari to-do-list. wah bahagianya dapat laungkan masa dan duit untuk ke sana. memandu berpuluh jam tidak mengapa..datang US ni hanya sekali jadi dapatkan pengalaman di tempat bahagia tu..lepas ni mungkin dah tak berpeluang lagi untuk ke sana..kan tak bahagia?"

pengalaman aneh (ekslusif y org biasa tak mampu buat) selalu juga dikaitkan dengan kejayaan/kebahagiaan..

di tgh bandar sana, ternampak seorang akak sibuk memilih beg tangan berjenama..separuh duit gajinya setiap bulan dihabiskan untuk membeli setiap keluaran model terbaru beg tangan itu..terutama yang 'special edition'. itu belum kasut dan blouse. merah biru kuning cokelat tua semua warna mesti lengkap. ingin disusun ibarat pelangi di dalam kamar, siap untuk diguna bila2 masa perlu untuk dipadankan dengan mood warna beliau pada hari itu. terasa sangat bahagia bila dapat pakai yang berjenama begitu. lagi mahal lebih bahagia rasanya..biarlah orang lain memakai yang tiruan yang berharga hanya 10% dari harga sebenar..kepunyaanku yang asli..baru boleh setanding dengan bini dato H..itu lebih membahagiakan..

fesyen semasa, harta dan pangkat mampu pula 'membeli' kebahagiaan?

oh, nntkan, kalo nak kawin nnt, hari bahagia tu kene buat tema 'beauty and the beast' tau!..awk jadila beast ye sy nak jadi beauty..nnt kita gi sewa banglo usang kat hutan tu dan hias cantik2 bagi nampak cam istana..pergh amik vid and gambar, lighting dia mesti best giler..pastu panggil semua org datang dengan pakaian bertema jugak..kita panggil pengarah film bollywood dari carikat ABC Production tu utk abadikan kenangan cinta kita.. so kalo tambah darab integrate semua, kos kenduri+hantaran+film+kostum sume2 tu...kita wat pinjaman bank nnt insyaAllah cucu kita akan habis bayar..ok tak?

hari menjadi raja sehari itulah hari yang paling membahagiakan ye tak?

di ceruk-kampung sana, kelihatan seorang ayah yang sedang bertungkus lumus bekerja menoreh getah, mengait sawit, membawa lori dan sebagainya..menginginkan kebahagiaan untuk anaknya lalu dibelikan motorsikal untuk anaknya mudah keluar dan bersama rakan-rakan motor lain..anak melompat 'bahagia' kerana dapat apa yang dihajati lalu pergi tak luangkan masa pun dengan ayah dan keluarga..tak apalah..asalkan anakku bahagia..

dia menyangka kebebasan total itu adalah kebahagiaan..


aku rasa (personal opinion), media telah berjaya memporak-porandakan definisi kebahagiaan..mencelarukan potret kejayaan..

ditayangkan di drama, filem, panggung..

berkerja besar, bergaji besar,sijil sebesar dinding setebal tayar lori itulah yang mesti dicari..mesti diperolehi..tempat2 yang slalu ditayangkan di radio dan tv, kita mesti pergi..slalu kan dalam drama semua org2 kaya2, pakaian berjenama, kereta mewah bersusun dibawah garaj parking yg besar macam kat shopping mall tu? hari raja sehari yang kosnya ditanggung hingga bertahun tahun (ironi plak)?..atau kebahagiaan (keseronokan) generasi muda itu bakal membawa kebahagiaan hakiki 10-20 tahun akan datang..

maka apakah sebenarnya itu kebahagiaan? apa itu kejayaan?

kalau menurut al-quran, dari surah Ali Imran ayat 185:

" setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. dan pada hari qiyamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [3:185]

kalaulah semua potret seperti yang disebutkan di atas itu boleh menjauhkan kita dari neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga, pastinya tulah hakikat kejayaan, potret kebahagiaan yang kita dambakan..tetapi ternyata dunia dan kesenangannya itu hanyalah tipu daya..

kat US ni aku nampak, dorg ni takla rigid sgt dalam menilai sebuah kejayaan. kalau pelajar kita ditekankan MESTI jadi doktor, engineer, lawyer baru dikira sebagai berjaya, dorg kat sini kebanyakannya buat bidang apa yang mereka nak dan mereka suka, dan mereka buat yang terbaik utk pakar dalam bidang tersebut. kalau sains, sainslah..kalau seni lukis, lukislah..kalau ahli muzik, muzik lah..kalau kita, APA? AHLI MUZIK?? jeng jeng jeng..(btw harini jadi penyanyi lagila orang nak..).

kalau kita belajar tak pandai kat skolah tu, ha gi la masuk bahagian agama sana..jadi la ustaz/ustazah..belajar islam tu dah jadi option no 3 selepas science dan ekonomi..or last option bg sesetengah org.bila agaknya kita nak ada ulama yang tahap international ye? dah berpuluh tahun dah org kita gi belajar kat al-azhar sana, nape islam still tak rasa macam best ye kat mesia tu? tak popular (melainkan bila ada isu yang dimainkan..)? bila kita nak tunjukkan jadi ulamak tu adalah profession yg berjaya? ini tidak.."anak aku tu jd ustaz..takpelah atleast dia berjaya di akhirat kang..". what? ape atleast?

kat sini kalau tak masuk univ, drop off pun masih mampu hidup dan ramai pulak tu yang berjaya dalam bidang seterusnya yang diceburi..kalau kita, drop off dah kene tohmah dah ngn org sekeliling pressure sampai budak tu gila..yg tak masuk univ kira tak pandai last depa pun give up nak berusaha dan berfikir akhirnya gi la join buat kerja2 yang tak berfaedah bahkan merosakkan..

something has to be done to change this false indoctrination of happiness and success..

alhmdulillah there are some effort from these people yang faham betapa besar peranan media dalam hidup kita, dan cuba mewujudkan alternative. contohnya KITA Production, Brotherhood Arts production ngn short films mereka.






jomlah kita berfikir sejenak, dan timbang2kan...

apakah ertinya berjaya bagi hidup kita kalau kita sebenarnya tak suka dengan apa yang kita buat tu, buat sebab ikut orang, ikut peredaran zaman...betul2 bahagia kah kita?

kalau kita bahagia sekarang, adakah itu kebahagiaan hakiki yang menjamin kita happy selamanya di akhirat kelak?

semoga Allah golongkan kita dalam golongan orang2 yang beruntung, bukan orang2 yang rugi.

semoga diakhirat nanti kita akan dapat kebahagiaan yang paling mantap, bertemu bersua muka dengan Allah kekasih hati.

Ameen.

Monday, August 1, 2011

1 Ogos, 1 Ramadan, 1 Tahun

bismillah

assalamualaikum dan salam sejahtera.

segala puji hanya bagi Dia pencipta langit dan bumi dan segala yang ada diantara keduanya..

pada tarikh ini maka genaplah 1 tahun blog ini disiarkan..1 tahun hijrah.

maka ingin ku muhasabah semula..kenapa aku buat benda ni?

pertama skali adalah kerana aku ingin belajar..u know when we write or talk about anything, we have to have the knowledge about it first. and alhmdulillah, sepanjang aku menulis, banyak yang aku belajar. walaupun setiap kali nak tulis petikan quran, aku kene bukak quran, kadang2 google for them. I learned a lot a lot when I read others blog too. terutama pak sheikh hebat tu. namun tak dilupakan blog kawan2 lain. walaupun kadang2 entri depa simple je tapi ia menusuk ke hati. maybe sbb ia pun mmg datang dari hati..

secondly, I am doing this because of my belief. I believe that Islam is the best thing I have and I want to share it with everyone. and blogging is one of the way.bak kata sheikh maududi ini dikira sebagai Syahadatul Haq (SH) qauliyyah. nak tau ape itu SH ni, ha kne la baca bukunya or datang dengar kupasan buku tu. ia mmg best but berat tp beratnya itu tidak boleh dijadikan alasan bahawa ia tidak benar dan malaslah nak amik port tentangnya. insyaAllah aku akan try sedikit demi sedikit untuk melaksanakan SH aku dari segala sudut yang aku mampu. kepada sesiapa yang tahu SH ni ape, jomla kita buat sama2..sama2 kan seronok? sama2..mengejar mimpi..sama2..gunung di daki cewah ;)

seterusnya, setahun berlalu namun hanya ada 45 posts. meaning what? I still did not spend enough time doing this compared to the Facebook. kat sana dah macam2 ada sebab yelah..its for fun kan? abih tu buat ni tak fun? fun jugak..cuma takleh stalk2 org..takleh kacau2 status org..tak jumpa ramai sgt org..bla bla bla..semuanya sebab orang.. abihtu kenapa kalau sebab org? ntah aku pun tak tau ape point aku yang ni..haha..sape tahu?

btw, dalam posts aku ni, ada yang aku tulis sendiri, ada yang adaptasi dari post org aku tulis from my point of view, ada yang idea org nak baca pasal apa then aku tuliskan..walaupun begitu ramai yang cakap tulislah apa2 yang aku nak tulis..bukan tulis apa yang org nak. ye ke? ke kene tulis apa y org nak baca? maybe yang terbaik ialah tulis ttg apa yg org nak baca, tp melalui hati dan fikiranku sendiri, dengan pendapat dan sentuhanku sendiri. kot?

kenapa kena ada sendiri tu? nape tak ikut je orang? sebab kalau aku sama je dgn org lain, maka tidaklah aku ini menjadi pulau di lautan, hanyutlah aku bersama arus deras duniawi, tidaklah aku mengubah dunia. aku yakin itu pak Sallahudin al Ayubi itu lain..aku percaya mas Muhammad si pembuka itu different. setiap dari kita ini unik, berbeza dalam serupa. dan setiap dari kita adalah khalifah. as a khalifah, we have to do something. rule something atleast diri dan keluarga kita. bak kata Soldier of Allah it is either we make history, or we became history.

mudah2an kita menjadi muslim yang sentiasa check and balance, sentiasa muhasabah diri bimbang andai langkah2 bakal terpijak duri, risau kain tersangkut dan koyak dalam berkelana namun tetap berjalan berharap akan sampai jua ke destinasi abadi..mudah2an seperti itulah taqwa kita.

to all readers (if any), silakan memberi kritikan dan cadangan untuk penambahbaikan sposendua ini. dari apa aspek sahaja..teknikal dan isi. warna dan lagu. part macho tu mmg takleh improve dah..macho tahap maximum dah tu ;p

wassalam